January 25, 2010
Blog sedang dikemaskini!!
Untuk pengetahuan semua pengguna blog skuad sukarelawan remaja rakan muda Unicef Malaysia,blog ini sedang dikemaskini. Sebarang kesulitan amat dikesali. Terima kasih
January 20, 2010
January 19, 2010
Lagi kejayaan Skuad Sukarelawan Rakan Muda-Unicef
KUALA LUMPUR: Seramai 300,000 belia atau tiga peratus daripada jumlah keseluruhan belia di negara ini terbabit najis dadah dalam kajian yang dijalankan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), baru-baru ini.
Pengarah Cawangan Gaya Hidup, Bahagian Pembangunan Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negara, Mohd Azhari Mohammad, berkata walaupun jumlah belia terbabit agak tinggi, tetapi ia hanya mewakili sebahagian kecil belia di Malaysia.
Berikutan itu, beliau meminta masyarakat supaya tidak melatah dengan jumlah itu kerana lebih penting ialah merawat mereka melalui program yang dapat membantu belia ini kembali kepada masyarakat.
“Melalui Program Sukarelawan Remaja Rakan Muda Kemasyarakatan seperti ini, belia bermasalah dapat didekati sebagai langkah awal pencegahan.
“Sukarelawan yang terdiri daripada belia berumur 17 hingga 27 tahun ini juga menjadi mata dan telinga KBS dalam membentuk satu komuniti pemimpin masyarakat yang prihatin” katanya ketika berucap pada majlis penutupan Program Rakan Muda Masyarakat Skuad Sukarelawan Remaja Rakan Muda Siri Tiga di Hotel Puteri Park di sini, semalam.
Program anjuran KBS dengan kerjasama Komuniti Pencegahan Dadah Pahang (DIC), Majlis Aids Malaysia (MAC) dan Tabung Pendidikan Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) Malaysia adalah kesinambungan dua siri sama tahun lalu.
Dalam pada itu, beliau turut menyifatkan kajian tinjauan 200 responden di beberapa lokasi panas di ibu kota oleh peserta program sebagai data penting dalam pembangunan belia negara.
Ini berikutan sepanjang lima hari peserta berkampung, satu tinjauan khas berkaitan kesedaran Aids dan dadah dijalankan sukarelawan di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Bukit Bintang dan Pasar Seni di sini.
“Data yang dikumpul itu dapat memberi pemahaman menyeluruh terhadap persepsi remaja mengenai Aids dan dadah.
“Ia akan menjadi garis panduan kepada KBS untuk merangka program seterusnya” katanya.
dipetik dari-harian metro (20 Januari 2010)
Program Siri III SSRM Unicef telah berlangsung dengan jayanya..
Program Rakan Muda Masyarakat, Skuas Sukarelawan Ramaja Rakan Muda MAC-Unicef telah berlangsung dengan jayanya di Puteri Park Hotel, Kuala Lumpur pada 14-18 Januari 2010. Seramai lebih kurang 30 ahli skuad yang telah mendaftar untuk menyertai program ini. Program bermula dengan pendaftaran peserta yang diuruska oleh urusetia yang telah ditugaskan. Sepanjang siri III ini berlangsung, banyak perkara baru yang telah dipelajari oleh ahli skuad dalam menyediakan diri untuk menjadi seorang sukarelawan yang mantap. Ahli skuad telah diberikan peluang untuk melakukan "outreach" atau kaji selidik di kawasan-kawasan yang berisiko tinggi berlakunya kegiatan penyalahgunhaan dadah dan jenayah jalanan di sekitar Kuala Lumpur seperti di Jalan Tunku Abdul Rahman, KL Sentral, Puduraya, pusat beli belah SOGO, dan di sekitar Jalan Bukit BIntang. Hasil kaji selidik yang telah dilakukan akan digunakan oleh pihak MAC(Malaysian AIDS Council) dan UNICEF Malaysia untuk merangka program lanjutan. Lawatan ke Rumah Kanak-kanan Nur Salam Chow Kit juga dilakukan oleh pihak skuad. Program ditamatkan dengan anugerah tokoh peserta skuad lelaki dan perempuan dan Majlis Perasmian Penutupan.
November 04, 2009
PROGRAM LATIHAN ASAS SUKARELAWAN MUDA BERSAMA RELA
PERHATIAN KEPADA BELIA MALAYSIA
BERUMUR ANTARA 18 - 40 TAHUN
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA
DENGAN KERJASAMA
IKATAN RELAWAN RAKYAT MALAYSIA (RELA)
AKAN MENGANJURKAN
LATIHAN ASAS SUKARELAWAN MUDA BERSAMA RELA
MAKLUMAT LATIHAN SEPERTI BERIKUT:
TARIKH : 12 - 18 NOVEMBER 2009
TEMPAT : 1) SUNGAI PETANI KEDAH &
2) SG UDANG, MELAKA
KEMUDAHAN : PESERTA AKAN DIBERIKAN ELAUN LATIHAN
DAN TAMBANG PENGANGKUTAN.
KEPADA BELIA YANG BERMINAT, BOLEH MENGHUBUNGI
CIK HASIMAH DI TALIAN 03-8871 3530 @ MELALUI
EMAIL : hasimah.rakanmuda@gmail.com
SEBELUM @ PADA 3 NOVEMBER 2009.