November 04, 2009

PROGRAM LATIHAN ASAS SUKARELAWAN MUDA BERSAMA RELA



PERHATIAN KEPADA BELIA MALAYSIA
BERUMUR ANTARA 18 - 40 TAHUN




KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA
DENGAN KERJASAMA
IKATAN RELAWAN RAKYAT MALAYSIA (RELA)
AKAN MENGANJURKAN
LATIHAN ASAS SUKARELAWAN MUDA BERSAMA RELA



MAKLUMAT LATIHAN SEPERTI BERIKUT:

TARIKH : 12 - 18 NOVEMBER 2009
TEMPAT : 1) SUNGAI PETANI KEDAH &
2) SG UDANG, MELAKA
KEMUDAHAN : PESERTA AKAN DIBERIKAN ELAUN LATIHAN
DAN TAMBANG PENGANGKUTAN.



KEPADA BELIA YANG BERMINAT, BOLEH MENGHUBUNGI
CIK HASIMAH DI TALIAN 03-8871 3530 @ MELALUI
EMAIL : hasimah.rakanmuda@gmail.com
SEBELUM @ PADA 3 NOVEMBER 2009.

Majlis Penasihat Kemahiran Diaktifkan


Kementerian Belia dan Sukan akan mengaktifkan semula Majlis Penasihat Kemahiran di bawah seliaannya dan bakal dianggotai wakil alumni Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), kata timbalan menterinya, Datuk Razali Ibrahim di Miri, seperti yang dilaporkan oleh BERNAMA.

Beliau berkata, majlis penasihat itu juga akan membabitkan wakil daripada pelbagai sektor industri, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sektor awam.

Katanya, majlis ini berperanan memberi pandangan dan khidmat nasihat kepada kementerian dalam menggubal dasar dan menentukan hala tuju program pembangunan latihan kemahiran belia.

“Kementerian juga bercadang meningkatkan lagi pengambilan pelatih IKBN kepada 10,760 orang tahun depan, berbanding 10,030 pelajar tahun ini,” katanya selepas merasmikan Konvokesyen ketiga IKBN Miri di sini, semalam.

Katanya, semua 15 IKBN yang sedia ada mempunyai kapasiti yang mencukupi untuk menerima jumlah pelajar yang lebih ramai selain rancangan kementerian untuk mewujudkan enam buah lagi IKBN baru, tahun depan.

Antara latihan kemahiran yang ditawarkan di IKBN termasuk penyelenggaraan automotif, kejuruteraan marin, mekanikal, kejuruteraan sivil, elektrik dan elektronik dan teknologi makanan.

Razali berkata, pertambahan jumlah pelajar ini akan memberikan hasil positif kerana berdasarkan pencapaian sebelum ini, kira-kira 85 peratus daripada pelajar IKBN sudah mendapat tawaran pekerjaan sebelum mereka menamatkan latihan.

“Saya beri jaminan pelajar IKBN ini sentiasa mendapat tempat di hati sektor swasta kerana kemahiran yang mereka ada,” katanya.

Disediakan Oleh : Unit Komunikasi Korporat, dipetik dari BERNAMA.

October 27, 2009

LAMAN SEMBANG SSRM UNICEF MALAYSIA


Salam belia 1 Malaysia buat semua pengguna Blogsite Skuad Sukarelawan Remaja Rakan Muda Unicef Malaysia™. Untuk pengetahuan semua pengguna blogsite, "Laman Sembang" skuad telah dialihkan ke satu link yang lain. Pengguna boleh mengakses laman sembang tersebut dengan meng"klik" SSRMU Blogs Links yang berlabel "laman sembang". Hal ini bertujuan untuk mengasingkan portal rasmi SSRM-Unicef™ Malaysia dan hal-hal peribadi ahli skuad. Portal SSRM-Unicef™ ini adalah sebuah Portal Rasmi. Sebarang pertanyaan dan aduan, sila ajukan kepada ssrm.unicef@gmail.com. Harap maklum dan selamat menggunakan portal "Laman Sembang" SSRM-Unicef™.

September 19, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari SSRM-UNICEF


Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pengguna blog Skuad Sukarelawan Remaja Rakan Muda-UNICEF. Semoga hari raya tahun ini memberikan seribu erti kemanisan dan kegembiraan. Kepada sesiapa yang kehilangan insan yang tersayang, bersabarlah dengan dugaan yang dihadapi. Sesungguhnya,semua yang datang pasti akan pergi. Kepada yang memandu pula, berhati-hati ketika memandu. Pandu dengan cermat. Ingat insan yang tersayang dan semoga selamat sampai ke kampung halaman dan menyambut hari lebaran ini dengan penuh gembira. Skuad Sukarelawan Remaja Rakan Muda-UNICEF mengucapkan selamat hari raya aidilfitri.

September 15, 2009

Rakan Muda Ramadan diperluas ke seluruh negara


SANDAKAN 4 Sept — Program Rakan Muda Ramadan bakal diperluaskan di masjid dan surau di seluruh negara bagi menarik golongan belia melakukan aktiviti berfaedah sepanjang bulan ramadan, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Razali Ibrahim.

Menurut beliau antara pengisian program yang dilaksanakan di di bawah Rakan Muda Masyarakat itu adalah takzirah dan tadarus Al-Quran.

Katanya kementerian membelanjakan dana berjumlah RM1.5 juta setiap tahun bagi melaksanakan program ini di 1,000 buah masjid dan surau yang terpilih di seluruh negara dengan sasaran aktiviti terhadap 4,000 belia.

“Program ini menjadi aktiviti yang utama dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan setiap kali bulan ramadan sebagai satu pendekatan kepada belia dan beliawanis untuk melakukan aktiviti di masjid atau surau,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan sambutan Nuzul Al-Quran Rakan Muda Ramadan peringkat negeri Sabah di sini malam tadi.

Razali berkata Sabah merupakan negeri keenam telah menganjurkan program itu dan selepas ini ia akan dianjurkan di negeri lain.

Katanya pengisian program itu di setiap negeri dilakukan berbeza-beza dalam usaha menarik perhatian golongan belia dan beliawanis menyertai program tersebut.

Beliau berkata pada masa akan datang, pihaknya berharap setiap masjid dan surau yang pernah dipilih menyertai program ini dapat berdikari untuk menganjurkan program yang sama.

— BERNAMA