August 23, 2009

Salam Ramadhan Al-Mubarak...........


Walau apa jua keadaan, Ramadhan perlu ditempuh dengan kesabaran bagi mendapat keredhaannya.. Perkara yang sepatutnya dilaksanakan dalam bulan Ramadhan ialah :-

1. Berpuasa penuh sebulan . Tapi ia terkecuali kepada wanita yang mengalami ……. Orang yang uzur dan perkara-perkara yang dibenarkan untuk dikecualikan. Rujuk ustaz/ustazah anda.. :)
2. Solat tarawikh penuh sebulan. Terkecuali kepada wanita yang ……………. Orang yang dikecualikan..
3. Memperbanyakkan ibadah..
4. Berjimat cermat.
5. Menguruskan badan.
6. Baca Al- Quran.

Tapi yang selalu dilakukan pula..

1. Curi-curi makan .. Lepas tu balik rumah tunjuk konon-konon puasa.. Berdosa..
2. Tidur.. Memanglah dalam bulan Ramadhan ni disunatkan puasa tapi kalau membongkang separuh hari amende ibadah yang dapat.. Nak lagi best sembahyang pun ntah ke mana. Kalau yang keje tu, pantang rehat berterabur kat surau.. Ada tu sampai mengingau tu tidur tengahari… Nasihat untuk diri sendiri ni..
3. Jaga pemandangan. Faham-fahamlah kan.. Pantang tengok perempuan/lelaki seksi sikit menjeling matanya.. Kena jaga, nanti dapat lapar je..
4. Pasar Ramadhan. Sepatutnya bulan Ramadhan dapat jimatkan wang gaji tapi makin habis plak duit. Kalau biasa pergi kerja makan dalam RM5 (kawasan Melaka) tapi hari puasa belanja sampai berbelas ringgit. Apa taknya pegi pasar Ramadhan mata rambang.. Semua nak dibelinya.. Hujung bulan nak raya mencungap..
5. Pelikkan kalau masa bulan puasa tapi berat badan tetap naik-naik. Mungkinebook panduan diet boleh membantu mendisplinkan anda.

Rasanya mampu ke saya dan anda semua memperbaiki kesilapan dan kelemahan yang dilakukan pada Ramadhan yang lalu?? Harap-harap mampu menjadi lebih baik..

August 02, 2009

(Sukan Paralimpik) Asean Para Games [10 - 19 Ogos 2009]


Skuad Sukarelawan Remaja Rakan Muda-UNICEF (SSRMU) ingin mempelawa sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi sukarelawan bagi (Sukan Paralimpik) Asean Para Games [10 - 19 Ogos 2009].

Pada 10 - 14 Ogos 2009 latihan kepada semua sukarelawan akan diberikan, 15 - 19 Ogos 2009 ialah tarikh perlawanan berlangsung. Sepanjang tempoh ini, ELAUN dan PENGINAPAN disediakan.

Borang boleh di muat turun dari laman web Asean Para Games.
Keterangan lanjut sila hubungi Saudara Azmi - 012 939 8186 / Saudari Hasimah - 012 459 8819.
- selewat-lewatnya 31 Julai 2009 (Jumaat) bagi urusan pendaftaran yang akan persatuan lakukan.

Senarai tugas sebagai sukarelawan (Sila Klik) - dari web Asean Para Games