November 04, 2009

PROGRAM LATIHAN ASAS SUKARELAWAN MUDA BERSAMA RELA



PERHATIAN KEPADA BELIA MALAYSIA
BERUMUR ANTARA 18 - 40 TAHUN




KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA
DENGAN KERJASAMA
IKATAN RELAWAN RAKYAT MALAYSIA (RELA)
AKAN MENGANJURKAN
LATIHAN ASAS SUKARELAWAN MUDA BERSAMA RELA



MAKLUMAT LATIHAN SEPERTI BERIKUT:

TARIKH : 12 - 18 NOVEMBER 2009
TEMPAT : 1) SUNGAI PETANI KEDAH &
2) SG UDANG, MELAKA
KEMUDAHAN : PESERTA AKAN DIBERIKAN ELAUN LATIHAN
DAN TAMBANG PENGANGKUTAN.



KEPADA BELIA YANG BERMINAT, BOLEH MENGHUBUNGI
CIK HASIMAH DI TALIAN 03-8871 3530 @ MELALUI
EMAIL : hasimah.rakanmuda@gmail.com
SEBELUM @ PADA 3 NOVEMBER 2009.

Majlis Penasihat Kemahiran Diaktifkan


Kementerian Belia dan Sukan akan mengaktifkan semula Majlis Penasihat Kemahiran di bawah seliaannya dan bakal dianggotai wakil alumni Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), kata timbalan menterinya, Datuk Razali Ibrahim di Miri, seperti yang dilaporkan oleh BERNAMA.

Beliau berkata, majlis penasihat itu juga akan membabitkan wakil daripada pelbagai sektor industri, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sektor awam.

Katanya, majlis ini berperanan memberi pandangan dan khidmat nasihat kepada kementerian dalam menggubal dasar dan menentukan hala tuju program pembangunan latihan kemahiran belia.

“Kementerian juga bercadang meningkatkan lagi pengambilan pelatih IKBN kepada 10,760 orang tahun depan, berbanding 10,030 pelajar tahun ini,” katanya selepas merasmikan Konvokesyen ketiga IKBN Miri di sini, semalam.

Katanya, semua 15 IKBN yang sedia ada mempunyai kapasiti yang mencukupi untuk menerima jumlah pelajar yang lebih ramai selain rancangan kementerian untuk mewujudkan enam buah lagi IKBN baru, tahun depan.

Antara latihan kemahiran yang ditawarkan di IKBN termasuk penyelenggaraan automotif, kejuruteraan marin, mekanikal, kejuruteraan sivil, elektrik dan elektronik dan teknologi makanan.

Razali berkata, pertambahan jumlah pelajar ini akan memberikan hasil positif kerana berdasarkan pencapaian sebelum ini, kira-kira 85 peratus daripada pelajar IKBN sudah mendapat tawaran pekerjaan sebelum mereka menamatkan latihan.

“Saya beri jaminan pelajar IKBN ini sentiasa mendapat tempat di hati sektor swasta kerana kemahiran yang mereka ada,” katanya.

Disediakan Oleh : Unit Komunikasi Korporat, dipetik dari BERNAMA.

October 27, 2009

LAMAN SEMBANG SSRM UNICEF MALAYSIA


Salam belia 1 Malaysia buat semua pengguna Blogsite Skuad Sukarelawan Remaja Rakan Muda Unicef Malaysia™. Untuk pengetahuan semua pengguna blogsite, "Laman Sembang" skuad telah dialihkan ke satu link yang lain. Pengguna boleh mengakses laman sembang tersebut dengan meng"klik" SSRMU Blogs Links yang berlabel "laman sembang". Hal ini bertujuan untuk mengasingkan portal rasmi SSRM-Unicef™ Malaysia dan hal-hal peribadi ahli skuad. Portal SSRM-Unicef™ ini adalah sebuah Portal Rasmi. Sebarang pertanyaan dan aduan, sila ajukan kepada ssrm.unicef@gmail.com. Harap maklum dan selamat menggunakan portal "Laman Sembang" SSRM-Unicef™.

September 19, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari SSRM-UNICEF


Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pengguna blog Skuad Sukarelawan Remaja Rakan Muda-UNICEF. Semoga hari raya tahun ini memberikan seribu erti kemanisan dan kegembiraan. Kepada sesiapa yang kehilangan insan yang tersayang, bersabarlah dengan dugaan yang dihadapi. Sesungguhnya,semua yang datang pasti akan pergi. Kepada yang memandu pula, berhati-hati ketika memandu. Pandu dengan cermat. Ingat insan yang tersayang dan semoga selamat sampai ke kampung halaman dan menyambut hari lebaran ini dengan penuh gembira. Skuad Sukarelawan Remaja Rakan Muda-UNICEF mengucapkan selamat hari raya aidilfitri.

September 15, 2009

Rakan Muda Ramadan diperluas ke seluruh negara


SANDAKAN 4 Sept — Program Rakan Muda Ramadan bakal diperluaskan di masjid dan surau di seluruh negara bagi menarik golongan belia melakukan aktiviti berfaedah sepanjang bulan ramadan, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Razali Ibrahim.

Menurut beliau antara pengisian program yang dilaksanakan di di bawah Rakan Muda Masyarakat itu adalah takzirah dan tadarus Al-Quran.

Katanya kementerian membelanjakan dana berjumlah RM1.5 juta setiap tahun bagi melaksanakan program ini di 1,000 buah masjid dan surau yang terpilih di seluruh negara dengan sasaran aktiviti terhadap 4,000 belia.

“Program ini menjadi aktiviti yang utama dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan setiap kali bulan ramadan sebagai satu pendekatan kepada belia dan beliawanis untuk melakukan aktiviti di masjid atau surau,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan sambutan Nuzul Al-Quran Rakan Muda Ramadan peringkat negeri Sabah di sini malam tadi.

Razali berkata Sabah merupakan negeri keenam telah menganjurkan program itu dan selepas ini ia akan dianjurkan di negeri lain.

Katanya pengisian program itu di setiap negeri dilakukan berbeza-beza dalam usaha menarik perhatian golongan belia dan beliawanis menyertai program tersebut.

Beliau berkata pada masa akan datang, pihaknya berharap setiap masjid dan surau yang pernah dipilih menyertai program ini dapat berdikari untuk menganjurkan program yang sama.

— BERNAMA

September 08, 2009

1 KOMUNITI 1 PERSATUAN.."Kami sokong..Anda Bagaimana??"


Apakah nama kempen ini?Mengapa kempen ini diadakan?
Ini adalah Kempen " Satu Suara : Satu Komuniti Satu Persatuan " yang telah dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob pada 22 Mac 2009. Kempen ini disasarkan kepada golongan muda dan belia , untuk mewujudkan persatuan mereka sendiri di dalam komuniti masyarakat.

Adakah saya boleh menubuhkan persatuan sendiri?
Ya , betul tu . Kempen ini memberi laluan kepada golongan belia untuk mewujudkan persatuan atau kumpulan belia mereka sendiri. Bukan hanya kepada belia di bandar-bandar utama, tetapi belia-belia di kawasan pekan dan pendalaman juga boleh menyertai kempen ini.

Saya masih tidak faham,apakah objektif utama kempen ini?
Kempen ini dilaksanakan dengan sasaran untuk memberi peluang kepada para belia. Untuk membina persatuan mereka sendiri. Persatuan yang terbina , adalah berdasarkan dari satu persamaan minat yang sama antara ahli.

Apakah objektif lain kempen ini?
Dengan tertubuhnya kempen ini , maka akan ada penyertaan para belia untuk menyertai persatuan belia baru.
Manakala persatuan yang sedia ada akan sentiasa aktif dengan penambahan ahli baru dan aktiviti terkini.

Tujuan kempen ini ?
Kempen ini bertujuan penuh untuk memberi laluan kepada penubuhan persatuan-persatuan baru , yang dinamik dan bervariasi serta memenuhi citarasa belia masa kini. Secara mudahnya , dengan penubuhan persatuan-persatuan ini , golongan belia akan bersatu sebagai satu komuniti kecil yang mampu mendengar suara , permasalahan dan apa yang mereka mahukan.

Apakah perubahan yang akan dilakukan oleh persatuan belia ?
Dahulu jika disebut persatuan belia , kita pasti akan membayangkan setiap ahli persatuan wajib mengenakan baju batik dan berimej penuh skema. Ini adalah langkah pertama untuk memberi nafas baru , dan mengubah persepsi umum terhadap imej belia dan persatuan di Malaysia. Yang pastinya , semua ini tidak akan berubah , jika anda semua sebagai belia tidak memberi sokongan terhadap kempen ini.

Bagaimana saya boleh menunjukkan sokongan terhadap kempen ini ?
Anda boleh memberi sokongan dengan menyebarkan info mengenai kempen ini kepada jiran , kawan , saudara mara dan sebagainya untuk menyertai kempen terbaru ini. Harapan kita, objektif untuk mengumpul seramai 1 juta belia untuk menyertai kempen ini akan berjaya dengan sokongan semua.

Berapa umur kumpulan sasaran untuk menyertai kempen ini?
Kumpulan sasaran utama bagi kempen ini ialah golongan-golongan belia yang berumur 14 hingga 40 tahun.
Jadi jangan bimbang , peluang sentiasa ada . Dan pelbagai aktiviti dalam bermacam bidang dan minat akan disediakan untuk anda semua.

Saya tidak berpengalaman dalam berpersatuan, bolehkah saya menyertai kempen ini?

Jangan risau , inilah masanya untuk kita mengajar diri dalam hidup berkomuniti. Sudah tiba masanya untuk belia baru Malaysia , berani untuk menyahut cabaran baru. Buangkan perasaan gusar atau malu. Katakan saya mampu bersuara , satu komuniti ini adalah untuk saya dan semua. Jumpa kawan dan aktiviti baru untuk di kongsi bersama. Jagan bosankan hidup dengan membuang masa . Inilah peluang untuk kita membuktikan kita mampu menjadi ahli terhebat dalam satu komuniti masyarakat. Sertailah mana-mana persatuan yang anda mahu , atau mulakan satu persatuan yang baru.

Langkah 1 - Bukan susah - senang jerkkk
Langkah 2 - Apa yang anda minat ?? ( buat keputusan )
Langkah 3 - Cari sekurang-kurangnya 7 orang
Langkah 4 - Pilih nama persatuan
Langkah 5 - Hubungi ROY -> ( Portal Pejabat Pendaftaran Penubuhan Belia )
Langkah 6 - Insentif penubuhan persatuan baru ( RM 1000.00 )

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-52

1Malaysia diwujudkan dengan tujuan untuk menyediakan satu forum yang bebas dan terbuka bagi membincangkan tentang perkara yang benar-benar dekat di hati kita sebagai satu bangsa. Ia menyediakan peluang untuk meluahkan dan menerokai kepelbagaian perspektif masyarakat kita. Apa yang menjadikan Malaysia unik adalah kepelbagaian rakyat kita. Matlamat 1Malaysia adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian ini yang selama ini menjadi kekuatan kita dan akan kekal sebagai bekalan terbaik kita untuk masa hadapan. Saya berharap agar laman web ini akan menjadi permulaan kepada satu dialog yang penting dan terbuka bagi menerokai identiti, tujuan dan hala tuju kita sebagai rakyat Malaysia. Saya menggalakkan setiap orang daripada anda menyertai saya dalam memberikan takrifan kepada Malaysia kita dan peranan yang perlu kita mainkan untuk masa hadapannya. Setiap kita – di sebalik segala perbezaan kita – berkongsi impian untuk satu masa hadapan yang lebih baik. Setiap kita mahukan peluang, dihormati, persahabatan dan saling memahami.

INFO INFLUENZA A H1N1



Virus influenza A (H1N1) adalah virus baru dan semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan ini. Vaksin bagi melindungi jangkitan juga belum ada. Jika penularan dalam komuniti tidak dikawal dengan baik, penyakit yang mudah menular ini (contangious) akan merebak dengan cepat serta melibatkan kejadian kes-kes yang tinggi atau banyak dan jika keadaan ini tidak terkawal kejadian kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian.

Sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini, untuk membendung wabak pandemik di Malaysia (to slow down the spread), aktiviti kawalan dan pencegahan yang sedia-ada akan diteruskan melalui langkah-langkah pencegahan dan mitigasi. Langkah pencegahan dan mitigasi ini perlu diambil bagi memastikan kes-kes yang berisiko dikenal pasti dan diambil tindakan awal untuk mengelakkan komplikasi. Orang ramai adalah diminta untuk sama-sama mengambil bahagian dalam menangani pandemik ini.

Aktiviti-aktiviti yang sedia ada akan dikaji dari masa ke semasa untuk memastikan pelaksanaan aktiviti kawalan dan pencegahan yang cekap dan berkesan agar penularan kes di Malaysia dapat dikurangkan ke tahap yang minima.



Apa itu Fasa Mitigasi (Peredaan)

Aktiviti mitigasi adalah tindakan membendung wabak pandemik H1N1 di Malaysia dengan memperkukuhkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan seperti mengamalkan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dan mengamalkan adab batuk yang sesuai.

Strategi utama fasa ini adalah untuk mengurangkan kesengsaraan dan kematian akibat penyakit ini, melambatkan jangkitan penyakit dan mengurangkan kesan terhadap gangguan perkhidmatan utama.



Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?

1. Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun

2. Individu berusia 65 tahun dan ke atas

3. Kanak-kanak dan remaja (< 18 tahun) yang menggunakan terapi aspirin untuk jangkamasa yang panjang

4. Wanita mengandung

5. Dewasa dan kanak-kanak dengan asma, penyakit pernafasan kronik obstruktif, kegagalan organ, penyakit kardiovascular, hepatik, heamatologikal, neurologik, neuromuscular atau masalah metabolik seperti Diabetes Mellitus

6. Dewasa dan kanak-kanan yang mengalami daya ketahanan yang rendah (immunosuppression)

7. Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain



Peranan Masyarakat Semasa Fasa Mitigasi

Masyarakat perlu mengetahui cara virus ini merebak.

* Influenza A (H1N1) virus berjangkit dari manusia kepada manusia melalui titisan cecair, (yang dikeluarkan semasa bercakap, batuk atau bersin).

* Mana-mana individu yang berhubung rapat (lebih kurang 1 meter) dengan individu yang mengalami gejala selesema (demam, bersin, batuk, hidung berair, menggigil, sakit sendi dan lain-lain adalah berisiko untuk mendapat jangkitan penyakit akibat dari titisan cecair.

* Oleh itu, masyarakat perlu mengambil langkah pencegahan berikut:

1. Amalkan kebersihan diri dan adab batuk yang betul

2. Amalkan kawalan jangkitan sama ada di rumah, tempat kerja atau pengangkutan awam

3. Peranan penutup mulut dan hidung (mask) dalam masyarakat

o Tiada bukti kukuh mengenai keberkesanan memakai mask di tempat awam. Namun, ia telah digunakan dalam ruang yang sesak/tertutup apabila berhubung dengan individu yang mengalami gejala selesema

o Individu boleh memakai penutup mulut dan hidung (surgical mask) di rumah dan di kalangan masyarakat, terutamanya jika mereka berhubung rapat dengan individu yang mengalami gejala influenza, contohnya semasa menjaga ahli keluarga yang sakit.

o Penggunaan mask membolehkan individu yang mengalami gejala influenza untuk menutup mulut dan hidung mereka bagi menghalang titisan cecair dari tersebar, salah satu kaedah adab batuk yang betul/baik.

o Surgical mask juga disyorkan kepada golongan yang berisiko tinggi apabila berada di kawasan yang sesak.

4. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah, elakkan berhubung rapat dengan ahli keluarga yang lain serta mengambil langkah kawalan dan pencegahan dari menjangkiti mereka yang menjaga pesakit.

5. Sekiranya gejala influenza semakin teruk, pesakit hendaklah SEGERA mendapatkan rawatan di hospital.

6. Sekiranya individu yang tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi mengalami gejala influenza, segera dapatkan rawatan awal

7. Elakkan berada di kawasan sesak dan seboleh-bolehnya tangguhkan/ batalkan / kurangkan menghadiri majlis keramaian

8. Dapatkan maklumat terkini mengenai situasi semasa dari sumber yang boleh dipercayai seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

August 23, 2009

Salam Ramadhan Al-Mubarak...........


Walau apa jua keadaan, Ramadhan perlu ditempuh dengan kesabaran bagi mendapat keredhaannya.. Perkara yang sepatutnya dilaksanakan dalam bulan Ramadhan ialah :-

1. Berpuasa penuh sebulan . Tapi ia terkecuali kepada wanita yang mengalami ……. Orang yang uzur dan perkara-perkara yang dibenarkan untuk dikecualikan. Rujuk ustaz/ustazah anda.. :)
2. Solat tarawikh penuh sebulan. Terkecuali kepada wanita yang ……………. Orang yang dikecualikan..
3. Memperbanyakkan ibadah..
4. Berjimat cermat.
5. Menguruskan badan.
6. Baca Al- Quran.

Tapi yang selalu dilakukan pula..

1. Curi-curi makan .. Lepas tu balik rumah tunjuk konon-konon puasa.. Berdosa..
2. Tidur.. Memanglah dalam bulan Ramadhan ni disunatkan puasa tapi kalau membongkang separuh hari amende ibadah yang dapat.. Nak lagi best sembahyang pun ntah ke mana. Kalau yang keje tu, pantang rehat berterabur kat surau.. Ada tu sampai mengingau tu tidur tengahari… Nasihat untuk diri sendiri ni..
3. Jaga pemandangan. Faham-fahamlah kan.. Pantang tengok perempuan/lelaki seksi sikit menjeling matanya.. Kena jaga, nanti dapat lapar je..
4. Pasar Ramadhan. Sepatutnya bulan Ramadhan dapat jimatkan wang gaji tapi makin habis plak duit. Kalau biasa pergi kerja makan dalam RM5 (kawasan Melaka) tapi hari puasa belanja sampai berbelas ringgit. Apa taknya pegi pasar Ramadhan mata rambang.. Semua nak dibelinya.. Hujung bulan nak raya mencungap..
5. Pelikkan kalau masa bulan puasa tapi berat badan tetap naik-naik. Mungkinebook panduan diet boleh membantu mendisplinkan anda.

Rasanya mampu ke saya dan anda semua memperbaiki kesilapan dan kelemahan yang dilakukan pada Ramadhan yang lalu?? Harap-harap mampu menjadi lebih baik..

August 02, 2009

(Sukan Paralimpik) Asean Para Games [10 - 19 Ogos 2009]


Skuad Sukarelawan Remaja Rakan Muda-UNICEF (SSRMU) ingin mempelawa sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi sukarelawan bagi (Sukan Paralimpik) Asean Para Games [10 - 19 Ogos 2009].

Pada 10 - 14 Ogos 2009 latihan kepada semua sukarelawan akan diberikan, 15 - 19 Ogos 2009 ialah tarikh perlawanan berlangsung. Sepanjang tempoh ini, ELAUN dan PENGINAPAN disediakan.

Borang boleh di muat turun dari laman web Asean Para Games.
Keterangan lanjut sila hubungi Saudara Azmi - 012 939 8186 / Saudari Hasimah - 012 459 8819.
- selewat-lewatnya 31 Julai 2009 (Jumaat) bagi urusan pendaftaran yang akan persatuan lakukan.

Senarai tugas sebagai sukarelawan (Sila Klik) - dari web Asean Para Games

July 16, 2009

NAK TENGOK GAMBAR KITE ?????


AHAKZ....
urm...mesti korang rindu kat ad kan??
ahahaha...
melawak jek...
kite kan same2 rindu antara satu sama lain...
urmm,,,
kalau korang perasan kan,
kat ruangan "PAUTAN KAMI" ader link ke koleksi gambar...
ha,dah tu?? ape lagi??klik je kat situ..
dan kemudian,tengok la gambar2 korang yang CuTe2 blake uwn...
ahakz...
harap jadi pengubat rindu dihati...
by the way, THANKS to GiNNie,,,,
hope to see u all again..
daaaa.............
love u all,miss u all,,

July 02, 2009

PROGRAM SKUAD SUKARELAWAN REMAJA RAKAN MUDA UNICEF SIRI ii

Ha........program yang ditunggu-tunggu dah pun berjaya dijalankan...Syabas la kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tak langsung k...Hurm,dapat gak kite semua berjumpa lagi kan...walaupun ader penambahan ahli skuad yang baru,tapi tu x jadi hal lah...Semangat kekeluargaan tetap diteruskan macam dulu gak...dalam fasa 2 ni kan,banyak mende baru yang dipelajari...huhu..kene wat outreach yang lebih mencabar..mendekati sendiri golongan "pengguna dadah",masuk ke "Port",buat mapping..n banyak lagi kalau nak diceritakan,,,buat setakat nih,ni je dulu yang dapat ad taip...demam lol,,,x larat..hahaha...see u soon..love u all....

April 23, 2009

SKUAD SUKARELAWAN RAKAN MUDA- UNICEF KEMBALI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! (FASA 2)


SEPERTIMANA YANG KITA SEMUA TUNGGU-TUNGGU KAN,
HA,
PROGRAM NI DAH PUN DI KOMPEMKAN TARIKHNYE OLEH PIHAK ATASAN...
PROGRAM : SKUAD SUKARELAWAN REMAJA RAKAN MUDA - UNICEF
TARIKH : 17 - 24 MEI 2009!!!(bukan tarikh lain)
TEMPAT : KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR
TEMPAT KUMPUL : KOMPLEKS RAKAN MUDA KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR

SO, NI PESANAN PADE SEMUA AHLI SKUAD,
JANGAN NGADE2 X NK PEGI,
CZ KITE KAN FAMILY...
X MAU GADUH2...
X MAU,X MAU..
NGEEEE...........
SAPE GADUH2, AD GIGIT NT..
HAHAHA...
SEMOGA PROGRAM NIH DAPAT ERAT KAN BALIK SILATURRAHIM KITE NI YEK..
RINDU KAT KORANG..
SEE U ALL THERE...

March 21, 2009

60 MINIT PADAMKAN LAMPU


"60 Earth Hour". Begitulah bunyi kempen tersebut yang sekarang ini sedang giat diwar-warkan di Hot.fm.

Hanya padamkan lampu rumah atau ofis anda selama sejam atau 60 minit pada 28 mac 2009 bermula jam 8.30 malam.

Memula ku dengar kempen ini, cam pelik lah plak. Apa masalahnya nie sampai nak tutup lampu sampai sejam pada kul 8.30 malam ni. Bukankah kebanyakkan rumah di Malaysia ni, bila tidur diorang tutup semua lampu sampai ke subuh. Lebih dari 60 minit aku rasa. Tiap² malam lak tu. So, kenapa nak sebuk² buat kempen cenggini lak ni.

ku ingat ini kempen dari Hot.fm. Tak puas hati, apalagi tanya pakcik gugel aa.

Lepas melakukan sedikit siasatan ringan, ini yang aku dapat find out !

Kempen ni bermula pada tahun 2007 lagi di Kotaraya Sydney. Kempen ini mendapat sokongan dan amat berjaya apabila hampir 2.2 milion rumah dan kedai perniagaan bersama-sama menutup lampu selama 60 minit. Setahun kemudian acara ini telah menjadi sebutan di seluruh pelusuk bumi - dengan penyertaan hampir 50 million orang dan merangkumi sejumlah 35 buah negara.

Dah 2 tahun dah kempen ni, dan skang nak masuk tahun ke-3. Baru skang kempen ni kecoh kat M'sia. hmm..

Matlamat kempen ni adalah untuk menyedarkan kita semua tentang pengunaan dan pembaziran tenaga yang berlebihan selama ini. Secara tidak langsung telah memberi kesan terhadap kenaikan suhu dunia. Satu jam ( 60 minit ) tanpa lampu , diharapkan dapat memberi impak.

Bila dah gelap, tentu mudah tuk kita muhasabah diri kita kan. Bagi yang dah berkahwin terutama yang baru kahwin tu, bila rumah dah bergelap tu jangan lah pulak ambik kesempatan tuk mengaum plak. tu dah lari matlamat tu. haha..

So, kekawan semua adakah korang menyahut kempen ini atau merasakan kempen ini satu usaha yang sia-sia ?

March 07, 2009

kembali.................


sori la geng...
x da masa nak update...
skarang...
kita akan terus berhubung tanpa sempadan seperti sediakala..
hahhaha...
ada aktiviti terbaru???
sila maklumkan orite???
jangan segan2...
just let me know...
email--aman_aeman92@yahoo.com
phone__013-2819467...
see u soon............
luv u all

January 05, 2009

PROGRAM YOUTH '09



Program : Youth '09
Tempat : PWTC, Kuala Lumpur
Tarikh : 9 - 11 Januari 2009
Antara program menarik:
-talents -foosball player
-photographers -fittness fanatic
-3on3 basketball -futsal
-fashion stars -extreme street dance
-grafitti -celebrity session
-leaders -creative designers
-jobseekers

Sila dapatkan pas masuk percuma anda di
http://www.youth09.com

PROGRAM HIV 101


salam kepada semua ahli skuad =]
aktiviti terbaru nih...
Program : HIV 101
Tempat : SMK Seasciele,Bangsar,Kuala Lumpur
Tarikh : 21 Januari 2009]
Target : Pelajar tingkatan 4 dan 5 SMK Seasciele

Kepada ahli skuad yang berminat,sila feetback mesej ini atau cornfirmkan nama anda pada MOHAMAD KHAIRUL ADHA BIN ABU BAKAR (adik aD) di talian 0179813438/0132847469 secepat mungkin..
terima kasih..