September 08, 2009

1 KOMUNITI 1 PERSATUAN.."Kami sokong..Anda Bagaimana??"


Apakah nama kempen ini?Mengapa kempen ini diadakan?
Ini adalah Kempen " Satu Suara : Satu Komuniti Satu Persatuan " yang telah dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob pada 22 Mac 2009. Kempen ini disasarkan kepada golongan muda dan belia , untuk mewujudkan persatuan mereka sendiri di dalam komuniti masyarakat.

Adakah saya boleh menubuhkan persatuan sendiri?
Ya , betul tu . Kempen ini memberi laluan kepada golongan belia untuk mewujudkan persatuan atau kumpulan belia mereka sendiri. Bukan hanya kepada belia di bandar-bandar utama, tetapi belia-belia di kawasan pekan dan pendalaman juga boleh menyertai kempen ini.

Saya masih tidak faham,apakah objektif utama kempen ini?
Kempen ini dilaksanakan dengan sasaran untuk memberi peluang kepada para belia. Untuk membina persatuan mereka sendiri. Persatuan yang terbina , adalah berdasarkan dari satu persamaan minat yang sama antara ahli.

Apakah objektif lain kempen ini?
Dengan tertubuhnya kempen ini , maka akan ada penyertaan para belia untuk menyertai persatuan belia baru.
Manakala persatuan yang sedia ada akan sentiasa aktif dengan penambahan ahli baru dan aktiviti terkini.

Tujuan kempen ini ?
Kempen ini bertujuan penuh untuk memberi laluan kepada penubuhan persatuan-persatuan baru , yang dinamik dan bervariasi serta memenuhi citarasa belia masa kini. Secara mudahnya , dengan penubuhan persatuan-persatuan ini , golongan belia akan bersatu sebagai satu komuniti kecil yang mampu mendengar suara , permasalahan dan apa yang mereka mahukan.

Apakah perubahan yang akan dilakukan oleh persatuan belia ?
Dahulu jika disebut persatuan belia , kita pasti akan membayangkan setiap ahli persatuan wajib mengenakan baju batik dan berimej penuh skema. Ini adalah langkah pertama untuk memberi nafas baru , dan mengubah persepsi umum terhadap imej belia dan persatuan di Malaysia. Yang pastinya , semua ini tidak akan berubah , jika anda semua sebagai belia tidak memberi sokongan terhadap kempen ini.

Bagaimana saya boleh menunjukkan sokongan terhadap kempen ini ?
Anda boleh memberi sokongan dengan menyebarkan info mengenai kempen ini kepada jiran , kawan , saudara mara dan sebagainya untuk menyertai kempen terbaru ini. Harapan kita, objektif untuk mengumpul seramai 1 juta belia untuk menyertai kempen ini akan berjaya dengan sokongan semua.

Berapa umur kumpulan sasaran untuk menyertai kempen ini?
Kumpulan sasaran utama bagi kempen ini ialah golongan-golongan belia yang berumur 14 hingga 40 tahun.
Jadi jangan bimbang , peluang sentiasa ada . Dan pelbagai aktiviti dalam bermacam bidang dan minat akan disediakan untuk anda semua.

Saya tidak berpengalaman dalam berpersatuan, bolehkah saya menyertai kempen ini?

Jangan risau , inilah masanya untuk kita mengajar diri dalam hidup berkomuniti. Sudah tiba masanya untuk belia baru Malaysia , berani untuk menyahut cabaran baru. Buangkan perasaan gusar atau malu. Katakan saya mampu bersuara , satu komuniti ini adalah untuk saya dan semua. Jumpa kawan dan aktiviti baru untuk di kongsi bersama. Jagan bosankan hidup dengan membuang masa . Inilah peluang untuk kita membuktikan kita mampu menjadi ahli terhebat dalam satu komuniti masyarakat. Sertailah mana-mana persatuan yang anda mahu , atau mulakan satu persatuan yang baru.

Langkah 1 - Bukan susah - senang jerkkk
Langkah 2 - Apa yang anda minat ?? ( buat keputusan )
Langkah 3 - Cari sekurang-kurangnya 7 orang
Langkah 4 - Pilih nama persatuan
Langkah 5 - Hubungi ROY -> ( Portal Pejabat Pendaftaran Penubuhan Belia )
Langkah 6 - Insentif penubuhan persatuan baru ( RM 1000.00 )

0 comments: