November 04, 2009

PROGRAM LATIHAN ASAS SUKARELAWAN MUDA BERSAMA RELA



PERHATIAN KEPADA BELIA MALAYSIA
BERUMUR ANTARA 18 - 40 TAHUN




KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA
DENGAN KERJASAMA
IKATAN RELAWAN RAKYAT MALAYSIA (RELA)
AKAN MENGANJURKAN
LATIHAN ASAS SUKARELAWAN MUDA BERSAMA RELA



MAKLUMAT LATIHAN SEPERTI BERIKUT:

TARIKH : 12 - 18 NOVEMBER 2009
TEMPAT : 1) SUNGAI PETANI KEDAH &
2) SG UDANG, MELAKA
KEMUDAHAN : PESERTA AKAN DIBERIKAN ELAUN LATIHAN
DAN TAMBANG PENGANGKUTAN.



KEPADA BELIA YANG BERMINAT, BOLEH MENGHUBUNGI
CIK HASIMAH DI TALIAN 03-8871 3530 @ MELALUI
EMAIL : hasimah.rakanmuda@gmail.com
SEBELUM @ PADA 3 NOVEMBER 2009.

Majlis Penasihat Kemahiran Diaktifkan


Kementerian Belia dan Sukan akan mengaktifkan semula Majlis Penasihat Kemahiran di bawah seliaannya dan bakal dianggotai wakil alumni Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), kata timbalan menterinya, Datuk Razali Ibrahim di Miri, seperti yang dilaporkan oleh BERNAMA.

Beliau berkata, majlis penasihat itu juga akan membabitkan wakil daripada pelbagai sektor industri, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sektor awam.

Katanya, majlis ini berperanan memberi pandangan dan khidmat nasihat kepada kementerian dalam menggubal dasar dan menentukan hala tuju program pembangunan latihan kemahiran belia.

“Kementerian juga bercadang meningkatkan lagi pengambilan pelatih IKBN kepada 10,760 orang tahun depan, berbanding 10,030 pelajar tahun ini,” katanya selepas merasmikan Konvokesyen ketiga IKBN Miri di sini, semalam.

Katanya, semua 15 IKBN yang sedia ada mempunyai kapasiti yang mencukupi untuk menerima jumlah pelajar yang lebih ramai selain rancangan kementerian untuk mewujudkan enam buah lagi IKBN baru, tahun depan.

Antara latihan kemahiran yang ditawarkan di IKBN termasuk penyelenggaraan automotif, kejuruteraan marin, mekanikal, kejuruteraan sivil, elektrik dan elektronik dan teknologi makanan.

Razali berkata, pertambahan jumlah pelajar ini akan memberikan hasil positif kerana berdasarkan pencapaian sebelum ini, kira-kira 85 peratus daripada pelajar IKBN sudah mendapat tawaran pekerjaan sebelum mereka menamatkan latihan.

“Saya beri jaminan pelajar IKBN ini sentiasa mendapat tempat di hati sektor swasta kerana kemahiran yang mereka ada,” katanya.

Disediakan Oleh : Unit Komunikasi Korporat, dipetik dari BERNAMA.