December 27, 2008

ISLAM PRIHATIN PADA HIV-AIDS

Di Malaysia, kes pertama HIV/AIDS dikesan pada tahun 1986, dan sehingga 2007 terdapat seramai 80,938 orang pembawa HIV dan 13,635 orang penghidap AIDS direkodkan. Sehingga kini seramai 11,539 orang penghidap AIDS telah meninggal dunia dan kira-kira 72% daripada mereka adalah orang Islam. Purata sehari pembawa baru HIV yang dikesan ialah 13 kes sehari, AIDS pula 3 kes sehari dan yang melibatkan kematian 5 kes sehari.

Menurut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), setakat ini perkongsian jarum suntikan di kalangan penagih dadah dikenalpasti menjadi penyumbang utama iaitu sebanyak 57.39% dan diikuti perhubungan seks dan melalui jangkitan ibu hamil sebanyak 32.9% dalam penyebaran HIV/AIDS. Pada masa ini penawar penyembuhan HIV/AIDS, belum ditemui

1 comments:

Anonymous said...

Who knows where to download XRumer 5.0 Palladium?
Help, please. All recommend this program to effectively advertise on the Internet, this is the best program!