December 11, 2008

Yayasan Salam Lancar Tabung Bencana Bukit Antarabangsa



Yayasan Salam Malaysia melancarkan Tabung Bencana Bukit Antarabangsa untuk membantu penduduk yang terlibat dalam bencana tanah runtuh Sabtu lalu.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan itu, Datuk Ahmad A. Talib berkata, orang ramai boleh menyalurkan bantuan wang tunai melalui cek, wang pos atau bank draf atas nama Yayasan Salam Malaysia dan menulis di belakang cek atau bank draf `Tabung Bencana Bukit Antarabangsa’.

"Mereka yang mahu menderma wang tunai boleh memasukkan derma ke akaun Yayasan Salam Malaysia dan nombor akaun Public Bank ialah 3072 8793 02," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sumber dipetik dari Utusan.

Sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi Yayasan Salam.

0 comments: